Armen Takhtajan (
1910-
2009), juga dikenali sebagai
Armen Leonovich Takhtadjan atau
Takhtadzhian), ialah seorang
ahli botani Soviet-
Armenia yang merupakan salah satu tokoh yang paling mustahak dalam
evolusi dan
taksonomi tumbuhah, serta
biogeografi, dalam
abad ke-20. Kegemaran-kegemarannya yang lain termasuk
morfologi tumbuhan berbunga,
paleobotani, dan flora
Kaukasia.Takhtajan bertugas di
Institut Botani Komarov,
Leningrad, di mana beliau mengembangkan skim pengelasan untuk tumbuhan berbunganya yang menekankan perhubungan
filogeni antara tumbuhan-tumbuhan pada tahun
1940. Sistemnya tidak diketahui oleh ahli-ahli botani di
dunia Barat sehingga selepas
1950, dan pada lewat
1950-an, beliau memulakan surat-menyurat dan usaha sama dengan
Arthur Cronquist, seorang ahli botani
Amerika Syarikat yang terkenal untuk skim pengelasan tumbuhannya yang amat dipengaruhi oleh usaha samanya dengan Takhtajan dan ahli-ahli botani yang lain di
Komarov."
Sistem Takhtajan" untuk pengelasan tumbuhan berbunga mengolah tumbuhan-tumbuhan berbunga sebagai satu aras
divisi (filum), iaitu
Magnoliophyta, yang mempunyai dua
kelas, iaitu
Magnoliopsida (dikot) dan
Liliopsida (monokot). Kedua-dua kelas itu dibahagikan pula kepada subkelas, dan kemudiannya kepada supersusunan,
susunan, dan
famili. Sistem Takhtajan serupa dengan
sistem Cronquist, tetapi lebih rumit pada aras yang lebih tinggi. Takhtajan lebih menyukai susunan dan famili yang lebih kecil untuk membenarkan ciri-ciri dan perhubungan-perhubungan evolusi lebih mudah difahami. Sistem pengelasan Takhtajan masih terpengaruh; umpamanya, sistemnya digunakan oleh
Taman Botani Montreal. Selain daripada sistem pengelasan tumbuhan berbunga, Takhtajan juga mengembangkan sebuah sistem
kawasan flora.Takhtajan ialah seorang ahli
Akademi Sains Rusia, serta seorang ahli bersekutu asing untuk
Akademi Sains Nasional di Amerika Syarikat sejak
1971. Ketika nama pengarang dimasukkan dalam penyedutan
nama botani,
singkatan Takht. boleh diletakkan pada nama tajuk karyanya.